سْــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
Assalamualaikum!
Assalamualaikum!
Wah, terujanya nak menulis sebuah artikel tenteng
"Kempen Menutup Aurat | Tunjukkan Sokongan Anda"
Terima kasih kepada teman blogger saya iaitu Keen kerana
telah tag (sebenarnya saya yang nak!)
saya tentang kempen ini.
Baiklah sebenarnya kempen ini secara rasminya
dianjurkan oleh Asyfiqaz (saya baru sahaja jadi pengikut kamu!).
Hehehe, oh cukuplah saya rasa untuk introduksinya.
Jom kita lihat ini!
Layari http://thepotpetking.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut!
S: Apa pandangan anda tentang isu menutup aurat?
ZH: Bagi Zetchi isu menutup aurat perlu dipolemikkan semula.
Sebab situasi kontemporari izhar menunjukkan bahawa umat Islam (khususnya remaja sekarang) memandang enteng akan hal ini.
Menutup aurat kini bukan lagi diwajibkan,
malah sesiapa sahaja bebas untuk tidak menutup aurat.
Walhal, kewajiban menutup aurat sebenarnya telah dijelaskan Allah dalam surah al-Nur ayat 30 dan 31 yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”
Ajaran Islam adalah yang terbaik untuk semua umat manusia.
Jika Allah Taala mewajibkan hamba-Nya menutup aurat maka,
janganlah kita mengingkarinya pula.
Namun jika nasihat yang klise sebegitu ditabur pada remaja sekarang,
ia hanyalah ibarat mencurah air didaun keladi.
Masuk telinga kiri, keluar telingan kanan.
Masing-masing mahu menegakkan benang yang basah.
Masing-masing kekal dengan pendirian yang tidak berlandaskan firma Allah. Dengan mudah mereka berkata:
"Ah, aku cuma berfesyen saja"
"Dunia dah maju! Kau ni out-of-datelah!"
"Aku tak nak jadi bagai katak di bawah tempurung"
Itu adalah antara alasan bagi mereka yang tidak mahu menutup aurat.
Sebenarnya apakah punca dominan
remaja kini sukar sekali untuk menutup aurat?
Mungkinkah disebabkan mereka?!
Anda lihat, anda fikir, dan berikan refleksi!
Gambar Hiasan : Ihsan Google
Gambar Hiasan: Ihsan Google
Gambar Hiasan : Ihsan Google
Gambar Hiasan : Ihsan Google
Gambar Hiasan : Ihsan Google
Seyogianya artis yang menjadi idola sebahagian besar remaja Malaysia perlu sedar
bahawa tiap tingkahlaku, peribadi dan tatasusila mereka diperhati tiap saat.
Mereka adalah ikon.
Jadi jika artis mahupun selebriti itu menunjukkan budaya negatif,
pasti peminat mereka akan melakukan hal yang sama!
Tak gitu?
Tepuk dada, tanya selera!
Ini sekadar pandangan sahaja
" I know my opinions not always true because,
Even Homer sometimes nods!"
Rakan blogger yang di tag ialah:
p/s: Maaf gambar-gambar yang digunakan adalah ihsan Google semata-mata. Jika pemilik gambar tidak menyenangi akan hal ini, dan mahu gambarnya tidak digunakan, sila email saya di grey.1network@gmail.com








21 maklum balas:
yeahhh~ ok la ni zh~~
btw, sbb tu kita kena pndai pilih idola kita.. ^_^
Weehuu ~ nice bro.. tapi dah wat sebelum ni.. apapapun.. thanx ^_^
nak join jugak lah. boleh kan ? hehe
@NuSaNa NoSa 91- terima kasih awak!
betul tuh!
@Aretikz-eh dah wat ker?
sorry!
@mizayusof- boleh, amat dialu-alukan
menutup aurat itu menjamin masa depan di akhirat :)
cik ana pon support campaign ni ^^
same2 jage aurat..hihi~~
@afiq bukhari
betul tu, dunia perlu + akhirat penting!
@anamizu
bguslah tuh!
jom kita tutup aurat!
den pon da buat.hehe
http://nazirulhazwanws.blogspot.com/2010/12/upon-ipon-series-kempen-tutup-aurat.html
zh~~ segalaceritera.com tu aretikz la.. aretikz tu yg tag keen suruh join.. kiranya dia dh buat la.. he3~ ^_^
aumcakkk!
chacha dah join kempen nie...
oyeahhh jom same2 mjaga aurat kita... :)
nice one!!!!
anat fllow mellow cni
bagus kempen ni. sokong!
@ Aiman: bgus, semakin ramai menyokong, makin senanglah nak jayakan kempen ini. ingat cover ur aurat k
@ Anati Soki:
awak terima kasih atas komentarnya, jomlah sertai!
@ Chacha:
Bgus ajaklah rakan blogger yang lain sertai ya!
thanks for joining!
eh time kasih follow my blog!
semoga usaha kita diberkati allah~
@asyfiqaz..
okay.. sama2 memartabatkan buday tutup aurat!
Post a Comment