Followers

Sunday, February 19

Air Mata Ibu


Setiap titisan air mata ibu itu adalah tanda kerinduan, 
simbol kasih-sayang dan perasaan cinta.

Memang tak dinafikan persinggahan kami,
para pelajar kelas TITAS, Universiti Pendidikan Sultan Idris
sedikit banyak meredakan lara sunyi yang bergantungan 
dalam sanubari penghuni Rumah Ehsan yang terletak di Kuala Kubu Bharu.



 Rumah yang dulu kalanya sunyi, Sabtu lalu bertukar wajah.
 Penghuni yang berumur sekitar 60 tahun ke atas tersenyum lebar. 
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang dijalankan pada tanggal 18 Februari lalu 
adalah momen kebahgiaan buat mereka semua.
Tak kira sama ada bangsa Cina, Melayu atau India. 
Wajah mereka yang berkedutan itu tersenyum lepas 
lantas menampakkan barisan gigi yang lompong.



 Kami tidak mahu momentum itu terhenti di situ, jadi malam kebudayaan direncana. 
Sejak pukul 7.45 malam, penghuni Rumah Ehsan sudah masuk ke perkarangan majlis.
 Ada yang datang berpimpin juga berkerusi roda. 
Ada juga yang datang dalam keadaan yang terbaring di atas katil.
 Semua itu tidak mustahil. 
Tampaknya perkhabaran bahawa kami akan mengadakan 
Malam Kebudayaan tersebar pantas.



Entah di mana silapnya, ada titisan air mata yang jatuh 
apabila lagu Untukmu Ibu berkumandang. 
Seisi dewan sebak, mata kemerah-merahan, sedu-sedan menguasai keadaan. 
Pelengkap program kami berkunjung ke seluruh isi Rumah Ehsan, bersalaman, 
berpelukan dalam tangisan yang penuh akan makna dan pastinya akan mengundang kerinduan. 
Terima kasih emak, terima kasih abah,
Semoga Tuhan masih meperkenankan doa kita untuk kembali bersama. 
InsyaAllah. 




p/s: Post ini turut ditulis untuk En. Eqbal (click here)
bersempena Giveaway yang diadakan olehnya.
Siapa-siapa yang nak join bagi merebut hadiah daripada beliau bolehlah berbuat demikian
selewat-lewatnya 19 Februari sebelum jam 12 malam. Untuk maklumat lanjut, klik sini.
Individu yang di tag
Faiz
Nana


2 maklum balas:

eqbalzack said...

assalamualaikum,
abg eq dah terima penyertaan. kejap lagi abg eq linkkan kat blog.
terima kasih..

faiz fakhirin said...

lpas d tag apa kna buat?

© 2012. Zetchi Henry (Men With Words). Powered by Blogger.